Thursday, December 25, 2008

ngantuk!!!!

jap tgh cari ilham...

kemas rumah...

huh... hari ini bilik atau gudang penyimpanan khazanah yang terpakai dikemaskini dan hampir semua daripadanya dibuang. kisah ini dah lama dirancang dan akhirnya berjaya direalisasi  kan oleh siraj atau mat sirak.. haha( dh mung nok sgt name mu kuar). hari ini macam biasa la aku tido kul 10 lebih. pagi-pagi hari mak aku dah masuk bilik wat kacau. suara yang penuh merdu tu menusuk ke telinga sebab nak kejut adik kesayangan aku tu bangun pergi ambik baju rumah kak yah teluk paku sebab dalam penipuan terancang dorang kak akan balik hari ni.

pagi-pagi lagi mak aku dah keluarkan macam-macam khazanah dari almari baju perh tak nak macam banyak plak tahik tiok jatuh atas tilam.. tension je aku nih.. aku pun teruskan motif utama aku pagi tuh iaitu apalagi tido la.. zzzz.zzzzzzz......zzzzzzz

secara tiba-tiba aku dikejutkan lagi dengar suara yang mula-mula sayup kedengaran lama kelamaan ia semakin menjadi-jadi iaitu panggilan untuk aku bangun sebab nak pergi rumah abg sayed sebab diorang jemput wat makan-makan.. aku masih mamai dan teruskan tido aku sehingga la suasana sunyi lagi aman dengan diselimuti angin hujan ohhh indah betul tido aku itu.

aku terbangun secara tidak sengaja sekitar jam 4 ptg, ku lihat semua penghuni rumah sudah berada dengan topik perbualan masing-masing.. macam biasa la mat siraj pun menganggu tido aku lagi dan bertanyakan tentang khazanah yang masing tersimpan..

pekerjaan yang murni ni di mula oleh mat siraj dengan menyusun balik buku-buku mastika, arena bolak sepak dan lain-lain. barang-barang yang dah nampak memang tak akan guna dibuang dan diasing kan pada 2 bahagian iaitu kertas untuk kitar semula dan barang-barang yang akan buang dan semestinya kena buang.. banyak jugak la terjumpa khazanah sulit yang dah bertahun tak nampak sebagai contoh gambar aku masa sekolah dulu dan kad hari jadi aku masa aku form 3 yang dibuat oleh budak-budak kelas.. semua tu kenangan!!!!!!!!!!!

Bilik aku sekarang pun dah tampak lebih selesa dipandang.. kerja-kerja ni semua diperhatikan oleh pemerhati bebas iaitu capi yang tengah layan ceramah ustaz azhar kat lam komputer.. suasana ketika kerja-kerja ini dijalankan adalah seperti berada di cameron kerana suasana sejuk disebabkan air hujan tidak berhenti-henti menyembah bumi ini.

suasana sejuk.... sejuk...... sejuk..... hujan...... hujan..... hujan..... tido is everything.....

Wednesday, December 24, 2008

kenapa tak leh tido???

sejak aku balik terengganu ni aku dah terbawa-bawa satu perangai yang tak elok dari  jb.. iaitu malam x tido siang apalagi membuta...

aku dah cuba sedaya upaya aku nak tido setiap malam tapi komputer depan katil ku ini seakan-akan memanggil untuk dibelai.. nak tak nak ke juga la belek-belek.. sekali kilas jam kat  dinding baru kul 12 awl lagi ni kalau kt jb ni time ni botak baru ajak aku pergi makan kat restoran elly.. punya la syok melayari x sedar jam dah berpusing dengan cepat.. jarum pendek dah berada tepat pada angka 3.. aku masih syok lagi buka friendster comment membe2.. 

alih-alih kul 5 aku dah ready nak off pc.. hisap rokok dulu.. kalau nak tido biasa nye hisap winston lights la tapi kalau tengah surf internet hisap rokok gambar gudang sebelahnya landasan keretapi( nusantara) rokok yang aku hisap time duit lam wallet ade rm2 lbih..

kita sambung balik tengah-tengah baring atas katil sambil tu lah macam2 pende datang dalam kepala hotak ni nak berfikir tentang masa depan la.. perancangan kemas umah la.. tentang awek pun ade jugak..

tengah-tengah berfikir tuh sayup-sayup la dengar kalimah suci memanggil manusia untuk menunaikan kewajipan setiap pagi.. aku tetap pejam mata dalam usaha nak tido bukan nye nak bangun pergi solat.. pastu dengar air jatuh mencurah-curah dalam bilik air  tu tandanya mak kesayangan aku dah bangun nak bersolat... 

dah puas aku pejam mata ni terfikir plak nak hisap rokok.. bangun lagi!! erm pastu gatal tangan nak buka pc lagi.. jam dah tunjuk pkul 8.30 aku pun.. dah rase ngtuk.. kepala pun dah pening2 ckit tu tandanya mata aku dah rela untuk dipejam.. zzzzzzzzzzzzzzzzz....zzzzzzzzzzzz......zzzzzzz

wah terkejut plak kul 2 rase macam rugi bangun lewat niat dihati nak bangun kul 1 dah terlebih sudey.. aku pun bangun la seperti biasa aku pergi ke dapur untuk melihat menu utama hari ni.. jangkaan aku tepat nasi dagang yang pagi tadi masih tidak terusik. Aku tau itu mesti kepunyaan aku hahaha.. dah abes makan sume aku masuk bilik.. nak tengok tv astro kene potong yelah dah 2 bulan tak bayar janji ngan abg sham 25.12 ni nak masuk duit pastu nak pergi bayar tapi 25 kat krismas mana ada pejabat buka sayang oi... aku pun masuk bilik buka kotak rokok winstons ada sebatang lagi.. huh nasib baik ada leh jugak potong nyawa aku cepat sikit.. punya la syok hisap mata makin ngatuk lagi tilam empuk yang menpunyai 2 lapis tilam seakan-akan memanggil aku untuk ditindihnya.. aku apalagi.. sambung tido. zzzzzzzzzz.zzzzzzzzzzzzz........zzzzzzzz........

terkejut lagi kul 6 petang anak-anak buah aku masuk bilik buat gangguan secara kasar.. punya la bising tapi aku tetap tak peduli sambung tido aku lagi entah mimpi apapun aku x ingat.. lam kul 7.30 aku terkejut lagi.. time ni tak leh tido bahaya syaitan ramai.. haha.. aku pun siap-siap mandi.. nak tengok tv tak leh aku pun makan malam plak.. dan itu rutin aku seharian.. 

bosan? aku tak pernah bosan apa yang aku buat... tapi perangai ni memang buruk dan tidak digalakan untuk dilakukan... hahaha...

apa kesudahan hari ini? masa aku tulis ni jam dah menunjukan 8.3o, aku akan call sue kalau time-time macam ni sebab dia sorang je antara gadis yang bangun awal... kepala aku pun dah pening2 nih.. tak kan la hari ni sama macam semalam kot? InsyAllah aku akan cuba...

p/s:- jangan tiru aksi ini dirumah anda ia akan mengundang padah.. aku akan berusaha untuk berubah.. peace love u all..

matematik fail?

dgr desas desus menyatakan bahawa terdapat 4 pelajar yang fail matematik.. 3 dari itu adalah budak pure dan sorang darinya budak intergarsi...

siapakah? adakah aku........ wahhhhhhh takut nyer... 

tunggu jawapan pada 7 januari 2009.......

SELAMAT MENYAMBUT MA'ULUDI -RASUL NABI ISA

SELAMAT MENYAMBUT MA'ULUDI -RASUL NABI ISA

sambil hisap rokok  lalu teringat Isa dari Nazareth.

Di sini team kunyit-halia mengucapkan selamat menyambut Mauludi Rasul Nabi Isa(aws).

Dan Selamat terbuka - 2009 

Jangan minum air tapai banyak sangat.

MAJLIS BBQ DAN PERPISAHAN DJK 2006-2008

TEMPAT: NO 2 JALAN INTAN 5 a.k.a umah pdin

MASA: 7.30PM-12.00PM

BAYARAN MASUK: RM13

 

PROJECT MANAGER: MOHD NAJMIE

ASSISTAN MANAGER: MOHD HAFIZUDDIN

PENASIHAT: MOHD ZAIFAHMY

TECHNICIAN ELEKTRIK: AHMAD SYAUKI

KEBERSIHAN: MOHD YUSUF

TUGAS-TUGAS KHAS: MOHD RIDZUAN

   NIK KHAIROL ADHA

 

            Assalamualaikum, sedar x sedar kita dah abes blaja kt poli ni slama 3 tahun, baru-baru ini dapat kita buat majlis kecil-kecilan sempena majlis perpisahan ni. Aku nk berkongsi la sdikit pengalaman time majlis bbq tuh.

            Pada peringkat awal x de pn org2 nk wat majlis ni. Sbb sume org pndai ckap jer tp x pandai nk wat. Dah tu senyap sampai la kwn aku si botak bersungguh2 kerana dia tau majlis ni sgt bermakna nt. Pada peringkat awl kitorg g deknon nk compom harga, yelah dgr risikan nk kne byar rm10 satu kepala. Aku pegi la ngan arul, najmie dan usop naik kete syauk.. haha yelah dia pakai moto aku, aku pakai kete dia plak tp dgn izin dia jgk. Pastu dah siap bncang ngan ntah ape name brader tu aku g umah kak lina (setiausaha sulit aku) nk bncang pasal mkn2 ni la.. tut tut ade plak suara sumbang x nk wat kt deknon.. terfikir la plak nk wat kt umah aku blik. Tp bomoh besar djk nk mitak permit, ye la kan x nk jd mcm sem lepas pbt dtg wat kacau. Lepas bincang2 ngan penasihat a.k.a yeop, pg la deal ngan elly. Lepas tuh compom n ngan menu yang ditawar kan:

 

MENU

# ayam 9 ekor

# nasi goreng

# nasi goreng cina

# buah

# kueh karipap

# air sirap laici

Semua ni semua adalah berharga rm350. dlu x silap aku elly amik rm 300 jer. Wlaupun myk dah turun tp barang x turun2 lagi. pastu hotdog beli 100 btg tp lam petang ckit najmie tgk mcm x cukup nasib baik aim ade leh tambah ckit bli lagi lam 40 btng x silap aku la.. dah settle sumer mkanan, cuaca plak mcm x mengizinkankan.. suparjo dan yeop bertukus lumus menyiapkan kanvas untuk nk lindungi daripada hujan.. ijam, abg yus dan wan turut menbantu mencepatkan proses pemasangan tuh..( tiba2 jer pakai ayat skema) haha..

lepas dah siap pasang sume  tiba la giliran nk hidupkan api tapi time2 tu lah hujan turun lebat ditambah pula dengan angin kuat.. perh mase tuh aku dah risau dah.. nasib baik kejap jer.. pastu proses nk hidupkan bara diteruskan jgk.. bulu mase tu tgh kemas2 set karaoke yang mikrofon plak ditaja oleh tawau, jijul g beli dalam hujan kt kota masai.. haha.. sume dah setting baik lagu2 azizul yang ade layan je la lagu ape2 je yang ade.. sume time tu bertumpu pada karaoke lagi2 arul.. haha.. hujan dan berhenti sume dah balik umah tuk mandi n siap2 makanan pun dah amik kt elly sape yang amik aku x pasti sebab aku balik sume dah ader..

dalam jam 7.45 bdk-bdk pompuan dah sampai dah.. bagus la dorang dah sapai awl,, start awl abes awl... majlis pun bermula masing-masing duk port masing2 bakar ayam, lyd n the gang tgh bakar kentang yang dibalut dengan aluminium foil.. btul ke eja lantaklah.. pastu makan-makan time ade yang makan kt dalam umah ade jugak yang makan kt luar.. sambil tu jejaka kacak tengah dendangkan lagu yang istimewa haha. lepas makan2 karaoke pun bermula mase tu y n b tengah berduet nyanyi lagu ntah lupa la..

lepas abes karaoke wat la cakap sorang2 kt depan( ucapan).. sedih jugak time tu haha.. gadis2 merah je mate.. hehe.. tapi malam ni adalah malam yang paling banyak bergambar.. pantang nampk kamera je mesti ade org nk masuk.. pastu lam kul 11.30 majlis pun abes.. sedih... :(

adakah anda lelaki "bahaya"?

Ingin mencari pasangan hidup dan cinta sejati adalah lumrah kita sebagai manusia. Sebagai wanita pula, kerisauan takut tersilap pilih pasangan adalah lebih dari lelaki.
Ini kerana sekiranya wanita tersilap pilih lelaki, maka kesan buruk yang bakal dilalui dalam hidup memberi kesan dan trauma yang mendalam terhadap emosi dan kehidupan mereka seterusnya.
Walaupun semua wanita tahu wujudnya lelaki yang ‘berbahaya’ namun masih ramai wanita tanpa sedar atau tidak terlibat bertemu dan berpasangan dengan mereka.
Kenapa masih ramai juga wanita terlibat memilih lelaki berbahaya?
Adakah mereka sengaja melibatkan diri dengan mereka? Tak mungkin!
Adakah mereka dikaburi dengan perasaan kesunyian dalam hidup dan amat memerlukan cinta dan kasih-sayang sehingga membuat pilihan yang salah?
Adakah mereka mempunyai tabiat atau sikap yang tak disedari dari dulu lagi yang menyebabkan mereka sentiasa memilih dan terlibat dengan lelaki berbahaya?
Adakah cara mereka dibesarkan dalam keluarga yang porak-peranda dan kurang perhatian menyebabkan mereka cenderung ke arah memilih lelaki seperti ini tanpa mereka sedar?
Atau adakah dengan mudah kita nak menyatakan itu adalah takdir yang Maha Esa?
Saya tertarik untuk menulis artikel berkaitan dengan lelaki berbahaya ni sebab pada pandangan saya, (anda pun mungkin setuju..) semakin hari semakin ramai wanita yang terlibat berpasangan dengan lelaki yang berbahaya. Tak kiralah sama ada sebagai teman lelaki mahu pun wanita yang telah berumahtangga.
Satu perkara yang memang pasti, wanita Tak Sedar dan Tak Tahu pun pada awal perkenalan atau perhubungan bahawa lelaki yang menjadi pasangannya itu berbahaya.
Macamana nak tahu seseorang lelaki itu berbahaya atau tidak? Ada ramai lagi ke lelaki yang betul-betul baik dan “sihat” dalam dunia ni?
Ada, kalau anda sendiri “sihat” dari segi emosi dan mempunyai pengetahuan yang berkaitan.
Ini membolehkan anda sekiranya berjumpa dengan lelaki jenis ini dan mengenalinya, anda mampu menghadapi dan seterusnya menjauhkan dia dari hidup anda. Hasilnya, anda boleh menumpukan masa, tenaga dan emosi untuk memfokuskan kepada lelaki yang baik dan sihat emosinya.
Adakah anda memahami peranan dan keadaan diri anda seterusnya menggunakan pengetahuan yang ada untuk mengubah keadaan supaya hidup anda berubah dan lebih selamat?
Artikel kali ini, saya terangkan dengan ringkas siapa dia yang dikatakan lelaki berbahaya supaya sekurang-kurangnya dapat membantu anda melihat dengan lebih luas lagi konsep tersebut.
Siapa lelaki yang berbahaya?
Lelaki yang boleh dikategorikan sebagai berbahaya kepada anda wanita ialah:
“Lelaki yang merosakkan/mengganggu/menyakitkan dan mendera pasangannya secara percakapan, emosi, fizikal, seksual, spiritual, undang-undang dan juga kewangan.”
Secara Percakapan termasuk mengugut anda, memaki-hamun, meninggikan suara seperti selalu menengking dan menghina maruah anda dengan perkataan.
Penderaan emosi pula termasuk mengawal dan mendominasi dengan tidak membenarkan atau memberi anda peluang untuk membuat pilihan. Contohnya, anda nak berpakaian pun nak kena ikut sedap mata dia saja malah cara anda berpakaian perlahan-lahan ditentukan olehnya.
Dia kerap mengkritik anda yang akhirnya membuatkan anda berasa terlalu rendah diri. Cemburu buta yang melampau sampai anda nak berkawan pun tak boleh. Segala yang anda buat mesti bagi tau dia dan mendapat izin darinya. Pendek kata putih kata dia maka putih la anda ikut.
Memalukan anda dan merendahkan anda di hadapan orang lain juga antara bentuk deraan emosi. Kadang-kala memandang anda macam “nak makan” supaya anda sentiasa patuh dan takut padanya.
Secara Seksual boleh dikatakan seperti memaksa pasangan/isteri melakukan hubungan seks di luar tabii, memaksa menonton filem lucah, dan memaksa pasangan/isteri melakukan seks di luar kehendak isteri sebagai contoh memaksa isteri melakukan seks sewaktu isteri dalam haid sedangkan isteri menolak.
Secara Kewangan pula faham-faham je la ya. Memang ada wanita malah ramai wanita yang membantu pasangannya dalam bentuk kewangan. Yelah, bukan apa, sesekali ‘top-up’kan ‘handphone’ contohnya, lagi pun bukannya orang lain..’boyfriend sendiri jugak.
Bagi wanita yang dah berumahtangga, membantu suami dalam bentuk kewangan sekiranya mampu dapat juga meringankan bebanan kewangan suami dan keluarga. Apatah lagi sekiranya suami mengalami masalah kewangan.
Sesekali itu biasa. Luar biasa jika sanggup berhabis untuk pasangan sampai hidup sendiri nak makan pun takde sedangkan lelaki itu terus-menerus “menyedut” anda sampai tinggal rangka!
Bagi wanita yang dah berkahwin pula, suami menghabiskan wang ringgit isteri sehingga tahap duit isteri duit dia, duit dia duit dia sedangkan dalam masa yang sama suami mampu berhibur dan berfoya-foya tanpa menghulur sesen pun nafkah untuk isterinya.
Antara tujuan lelaki seperti ini ialah supaya anda menjadi papa dan bergantung hanya kepada dia. Secara tak langsung anda dapat dikawal supaya tidak meninggalkannya kerana sumber kewangan anda hanya kepada dia. Situasi ini banyak terjadi kepada wanita yang telah berkahwin dan hanya sedar selepas keadaan menjadi parah.
Penderaan Fizikal seperti yang anda sedia maklum adalah tindakan ganas seperti memukul, menampar, menumbuk, menolak, menggunakan senjata, kunci anda dalam bilik, menarik rambut dan sebagainya yang berbentuk fizikal.
Secara Spiritual pula selalu menyatakan kepada isterinya bahawa isteri akan jadi derhaka sekiranya menentang atau melawan suami. Kebanyakan lelaki seperti ini menggunakan ayat ini untuk menakutkan dan melemahkan wanita. Dalam masa yang sama dia melayan isterinya dengan buruk dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami.
Suka juga saya tambah di sini, bagi yang sedang ‘bercouple’ tu, sekiranya ‘boyfriend’ anda merajuk atau marah kerana anda tolak kehendaknya, seperti mencium anda atau lebih jauh lagi melakukan hubungan sex sebelum kahwin, ini bermakna dia tidak menghormati anda sebagai wanita dan mempermainkan hak anda untuk mempertahankan kesucian diri seperti yang dituntut oleh agama.
Secara undang-undang pula berlaku sekiranya telah bercerai, lelaki tidak memberi nafkah kepada anak yang telah ditentukan oleh pihak mahkamah. Atau sengaja tidak hadir ke mahkamah dengan sengaja untuk melambat-lambatkan proses mahkamah dengan niat supaya isteri terpaksa menunggu lama untuk mendapat pembelaan dan sebagainya.
Seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai pilihan yang berbahaya untuk anda ‘dating’ atau berpasangan dengannya sekiranya dia:
• Mahukan anda berhenti kerja atau bertukar rakan-rakan hanya kerana dia sahaja.
• Tidak menghormati masa anda untuk bersendirian/‘privacy’. Apa anda nak buat semua dia nak tau. Kalau petang anda telefon dia, kena ‘hantar report’ apa yang anda buat sebelum tu dan apa yang anda nak buat selepas itu. Senang cakap apa saja anda buat dan nak buat dia nak tahu.
• Suruh anda buat perkara yang anda tak selesa buat seperti menipu bagi pihaknya, pinjamkan dia duit sedangkan baru seminggu dua kenal.
• Mendesak ingin selalu berjumpa anda. Hari ni baru jumpa, esok nak jumpa lagi. Dua tiga hari kemudian nak jumpa lagi. Anda kata sibuk atau ada hal, dia pujuk. Anda tetap kata tak boleh dia mendesak juga.
Ada reputasi menipu.
• Kaki judi, peminum arak.
• Menggunakan dadah atau pil-pil khayal.
• Pernah gagal dalam banyak perhubungan cinta yang lepas dalam sejarah hidupnya. Berapa kali nak kata banyak ya? Kalau umur baru 25 tahun dah gagal bercinta 5-6 kali tu banyak tu… Cinta monyet tak kira!
• Tidak memuji malah menampakkan sikap tidak suka kepada kedua ibu bapanya sedangkan anda dapat rasa dan tau kedua ibu bapanya bukanlah orang yang jahat. Walau pun kedua ibu bapanya ada membuat kesalahan, memburukkan kedua ibu bapa sendiri lebih-lebih lagi pada peringkat baru anda kenali dia menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengannya.
• Mempunyai sejarah telah didiagnosis mengalami masalah tekanan jiwa atau “mental illness”
• Tidak berkerja,(Sebab pemalas) Ada sahaja alasan sedangkan anda lihat dia bukanlah sakit atau bodoh.
• SELALU bertukar-tukar kerja atau dipecat dan SENTIASA memberi alasan menyalahkan orang lain sebab kehilangan kerjanya itu.
• Ingin mengawal fesyen rambut anda, pakaian anda, sikap dan cara anda, rakan-rakan atau dengan siapa anda berkawan dan kerja anda pun dia nak kawal juga.
• Menyembunyikan sesuatu maklumat penting tentang dirinya yang anda hanya tau kemudian. Sebagai contoh, dia kata dia bujang, rupanya duda, memanglah duda tu bujang..tapi kenapa tak cakap awal-awal dia pernah kahwin.
• Merasakan dirinya saja yang istimewa, unik dan lebih baik berbanding orang lain.
• Percaya undang-undang untuk orang lain, dia tak tertakluk pada undang-undang dan boleh buat apa yang dia suka.
• Terlalu menarik dan peramah lebih dari kebiasaan. Perlu ambil perhatian di sini, lelaki yang ‘handsome’, cute, ‘smart’, peramah dan boleh membuat perempuan tertarik padanya dengan cepat sekali dari segi penampilannya, caranya, fizikalnya atau apa saja pada dirinya, anda perlu berhati-hati.
Perbezaan di antara wanita yang bersama/berpasangan hanya sekali sahaja dengan lelaki berbahaya berbanding wanita yang kerap berjumpa/berpasangan/ dengan lelaki seperti ini ialah wanita yang pertama itu ‘terbuka’ untuk belajar dan kenal dengan cepat kesilapannya.
Wanita kedua pula tak mahu belajar, banyak memberi alasan atau gagal ‘membuka’ minda untuk mendapat pengajaran.
Hasilnya wanita yang pertama akan lebih kuat, berkeyakinan, berfikiran positif dan akhirnya mampu bertemu cinta sejati dengan lelaki yang ‘sihat dan selamat’.
Wanita kedua pula, akan terus derita..itu saja!
Anda dalam golongan yang mana?
Fikir-fikirkan!

Tuesday, December 23, 2008

cinta is good?

dalam hidup ini kita mesti ini kita mesti pernah mengalami satu zaman percintaan.. alaa biasa la lagi2 zaman sekolah dulu bohong la korang tak pernah bercinta tp adakah cinta anda kekal sampai ke jinjang pelamin?


Sunday, December 14, 2008

happy birthday...

wah.. dasat betul 2 3 hari ni.. walapun kitorg masih demam exam tp demi nk mymbut befday saing2 sanggup x study tu..

befday pertama yg diraikan ialah wan 11/12.. walupun esk nk kne jwb micro c tp kitorg sempat lagi buat bancuhan khas untuk wann.. bahan2 nye ialah..

ketua: botak
tomok
pdin

bahan2:
-budu
-minyak hitam
-air bateri
-air longkang
-sayur masak lemak yang dah basi
-air habuk rokok aku
-serbuk cili
-cili boh
-telur

semua ini dicampur dan dikacau sebati... wah bau mmg best..

acara ini dilakukan dengn jaya nya dan meriah tp yang x best lom ape2 lg aku dh muntah abis kuar mee hong kong yang aku mkn kt halal food...


mlm berikut nya..

tawau 13/12

ketua:opie n the gang

bahan2:
-air kencing+air longkang blkg kdai ahmad khan
-lemak ayam
-cat hijau
-air longkang dpn umah noni
-mcm2 la aku pun lupa..

yang ni mmg show giler kaw2 kene tanpa belah kasihan.. haha siap ada adegan kejar mengejar yang kepala main keje opie botak bulu la.. tawau plak punya la laju lari siap luka kt kaki.. lame jgk la aksi ni dilakukan. tp ade jgk yang sibuk mkn ayam sbb umah india dpn umah aku ade wat pesta jgk tu yang nmpk meriah je intan 5 smpi polis peronda masuk,, nsib baik x de ape2.. kira polis bg laluan la.. haha.. tp sebelum tu gapi plak wat hal konon nye kne histeria tp aku tgk mcm main2 pn ade. nsib baik la apit ade leh jgk buang saka.. haha..


dh tunggu sambungan ye..

Saturday, December 13, 2008

idea name

name telah diberikan oleh azri yang telah tido tapi tiba2 terkejut dan terus bagi name kunyit... botak n tawau juga telah bagi name tp kene reject kerna tidak menepati syarat yang ditetapkan oelh penguatkuasa agama islam kerna bahasa dorang sangat lucah dan unsur keagamaan yang melampau..

thankzzz...



skrg azri sambung tido ngan opie.. botak plak sekarang tgh tunggu turn.. siap kutuk aku "pdin budak gemuk"