Thursday, December 25, 2008

kemas rumah...

huh... hari ini bilik atau gudang penyimpanan khazanah yang terpakai dikemaskini dan hampir semua daripadanya dibuang. kisah ini dah lama dirancang dan akhirnya berjaya direalisasi  kan oleh siraj atau mat sirak.. haha( dh mung nok sgt name mu kuar). hari ini macam biasa la aku tido kul 10 lebih. pagi-pagi hari mak aku dah masuk bilik wat kacau. suara yang penuh merdu tu menusuk ke telinga sebab nak kejut adik kesayangan aku tu bangun pergi ambik baju rumah kak yah teluk paku sebab dalam penipuan terancang dorang kak akan balik hari ni.

pagi-pagi lagi mak aku dah keluarkan macam-macam khazanah dari almari baju perh tak nak macam banyak plak tahik tiok jatuh atas tilam.. tension je aku nih.. aku pun teruskan motif utama aku pagi tuh iaitu apalagi tido la.. zzzz.zzzzzzz......zzzzzzz

secara tiba-tiba aku dikejutkan lagi dengar suara yang mula-mula sayup kedengaran lama kelamaan ia semakin menjadi-jadi iaitu panggilan untuk aku bangun sebab nak pergi rumah abg sayed sebab diorang jemput wat makan-makan.. aku masih mamai dan teruskan tido aku sehingga la suasana sunyi lagi aman dengan diselimuti angin hujan ohhh indah betul tido aku itu.

aku terbangun secara tidak sengaja sekitar jam 4 ptg, ku lihat semua penghuni rumah sudah berada dengan topik perbualan masing-masing.. macam biasa la mat siraj pun menganggu tido aku lagi dan bertanyakan tentang khazanah yang masing tersimpan..

pekerjaan yang murni ni di mula oleh mat siraj dengan menyusun balik buku-buku mastika, arena bolak sepak dan lain-lain. barang-barang yang dah nampak memang tak akan guna dibuang dan diasing kan pada 2 bahagian iaitu kertas untuk kitar semula dan barang-barang yang akan buang dan semestinya kena buang.. banyak jugak la terjumpa khazanah sulit yang dah bertahun tak nampak sebagai contoh gambar aku masa sekolah dulu dan kad hari jadi aku masa aku form 3 yang dibuat oleh budak-budak kelas.. semua tu kenangan!!!!!!!!!!!

Bilik aku sekarang pun dah tampak lebih selesa dipandang.. kerja-kerja ni semua diperhatikan oleh pemerhati bebas iaitu capi yang tengah layan ceramah ustaz azhar kat lam komputer.. suasana ketika kerja-kerja ini dijalankan adalah seperti berada di cameron kerana suasana sejuk disebabkan air hujan tidak berhenti-henti menyembah bumi ini.

suasana sejuk.... sejuk...... sejuk..... hujan...... hujan..... hujan..... tido is everything.....

No comments:

Post a Comment