Sunday, January 25, 2009

suria

dikala suria meninggikan diri
aku melangkah membawa harapan
dikala dinihari memunculkan diri
aku pulang membawa harapan

Saturday, January 10, 2009

keje oh keje...

alhamdulillah akhirnya aku dapat juga keje kt p.gudang ni... aku dapat keje kt wijaya iaitu sub con untuk sime darby eng... kawasan kerja memang dasyat sebab dia wat keje oil n gas sume kena wajib pakai safety helmet, kasut.. gaji wat mase ni mmg skit nanti mungkin naik lagi kot..

ntah xtau nk cakap pe.. bye

Tuesday, January 6, 2009

kasih hati

Ingin kucapai seribu batu

Dihambat rindu kasih bertemu

 

Tiada kasih tiada sayang

Tiada rindu tiada dimanja

 

Awan bersatu dilangit yang satu

Tiada keindahan berpanjangan

Airmata menitis ketika langit berdentum

Dimana ia sentiasa bergolak

Namun tetap tiada penganti

goodbye Poly

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan kehendaknya aku berjaya menghabiskan diploma aku di Politeknik Johor Bahru.. Pada mula aku berdebar-debar juga sebab khabar angin mengatakan bahawa terdapat pelajar yang carry tapi nasib baik la aku tidak termasuk dalam senarai..

Walaupun result aku rendah je tapi yang penting lulus kan.. terima kasih la kepada pensyarah aku kat poli dulu sebab bagi aku lulus antaranya yang paling berterima kasih En Saiful Anuar banyak rahsia besar dengan dia.. haha.. En Eliyun yang aku selalu datang kelas lambat lepas tu aku kena marah cukup-cukup time present projek, dendam gila dengan dia time tu.. Pn Noraidah atau lebih dikenali Datin oleh yeop haha aku ok je dengan dia tapi kadang-kadang sakit hati juga yelah kelas kalau habis kul 1.15 dia ajar 1.20 tension gila, aku time camtu memang tak leh masuk apa, pastu ngajar subjek paling bosan dan sangat-sangat susah sejak aku masuk poli..thanks

En zailani atau lebih mesra en jai.. haha dia memang kelakar gila lepas tu mengajar memang sempoi gila.. apa terima kasih la sebab banyak tunjuk ajar tentang PLC. Miss Jay memang best.. yang paling best kelas asyik batal.. mengajar pulak sempoi je.. Math best jugak dapat tiru je.. aku kan pakar buat toyol tapi last-last resul teruk jugak.. En hamdan oppss sekarang dah Haji Hamdan tiba-tiba pergi mekah gagah juga la dapat pensyarah projek baru.. tapi yang tak dapat aku lupa rambut dia tuh.. berkilat…!!

Okey apa-apa pun nama-nama diatas ni aku tak kan lupa.. huhu

Sunday, January 4, 2009

kesihatan bertambah buruk

ahhhhhhh tidak kesihatan aku bertambah buruk hari ini.. nak kena pergi klinik jugak ke? ah tak payah.. batuk aku menjadi-jadi  ye lah hisap rokok masih tak henti-henti.. oh inilah balasan Allah kot pada aku.. kenapa banyak sangat musibah terhadap diriku seperti tiada sinar yang akan muncul.. tak pe lah nanti semua akan elok dan sejahtera kot.. mungkin hati ni sayu kot sebab sinar yang datang seperti tiba-tiba mendung kuharap guruh yang berdentum di langit adalah mainan perasaan ku dan halusinasi sahaja.. aku dah tak sanggup hidup dalam kesejukan dihimpit lagi dengan masalah peribadi.. i love my family.. i love saing-saing.. i love everything arround me.. i love u............................... SS 

dedikasi...

dedikasi khas untuk suehaila yang banyak membuka mata dan membuka hati walaupun tiada kata-kata yang menjurus kepada nasihat akan tetapi setiap kata-kata kita peterjemahnya antara ia baik dan boleh diguna untuk mengharungi dunia yang penuh misteri...

thanks be my friends

KASIH SEJATI

Ingin kucapai seribu batu

Dihambat rindu kasih bertemu

 

Tiada kasih tiada sayang

Tiada rindu tiada dimanja

 

Awan bersatu dilangit yang satu

Tiada keindahan berpanjangan

Airmata menitis ketika langit berdentum

Dimana ia sentiasa bergolak

Namun tetap tiada penganti


HIDUP MU...

Hidupmu sungguh indah

Dikelilingi seribu kebahagian

Tapi diragut dengan kata-kata

Yang tersemat di jiwa dan di kalbu

 

Hidupmu sungguh berbeza

Tak mampu untuk aku mengejar

Dengan hanya bermodal kejujuran

Aku akan tertinggal dibelakang

 

Hidupmu sungguh berguna

Ingin dimiliki setiap insan

Kelembutan, keayuan mu menambat hati

Jangan tersungkur membuat pilihan

 

Hidupmu sungguh bahagia

Semua insan menyayangimu

Bonda sentiasa bersama

Ingin melihat kasih tersemai

 

Hidupmu akan  kehancuran

Apabila nafsu mengawal diri

Disemai dihati keegoaan dirasai

Jauhi sebelum diratapi nanti

HARAPAN

Engkau muncul dengan harapan

Harapan yang tak pasti seorang insan

Harapan yang dulu nya pernah hancur

Adakah harapan ini menemui sinarnya?

 

Dulu kau pernah bercinta

Aku hanya memendam rasa

Sekarang kau datang sebagai insan istimewa

Ku menjadi gila penagih rindu…

 

Kau memberi sinar dalam hidupku

Hidup ini sudah lama suram

Kenangan cinta masih mengamit seribu kenangan

Aku memang dahagakan kasih sayang…

Saturday, January 3, 2009

siapa suehaila?

datang dan kembali
itu lumrah hidup kita
hari ini engkau datang
lusa entah kemana

takdir yang menentukan
pertemuan yang tak disangka
sungguh unik hubungan kita
walaupun seketika tapi penuh makna

ingin dihati untuk bersama mu
akan tetapi engkau sungguh misteri
aku tewas dengan mu......



Selamat Tahun Baru 2009

01/01/09 genap la satu tahun dan menandakan kita untuk menyambut tahun baru. akan tetapi aku menyambutnya di bandar jb yang penuh sesak dengan kereta dan moto ditambah pula dengan roadblock di setiap penjuru dan la malam tu lesen aku dah tamat tempoh...

aku mula-mula sambut kt stulang atau the zon best jugak la tengok bunga api dan terus ke danga bay untuk tengok persembahan kat sana tapi sampai sane sume dah abis yang ada kereta berderet-deret tersangkut dalam kesesakan.. huhu.. 

pastu aku pegi balik ke stulang pastu lepak-lepak kat kedai makan area stulang tu.. alaa kedai yang paling hujung tu.. mase tu dah menunjukan lebih kurang 2 pagi.. lepak2 punye lepak nampak kerabat-kerabat diraja johor keluar dari the zon.. faham-faham la ape yang dorang buat kt dalam tu.. pergh yang best nye eskot ngan perdana anak tmj ni plak naik hummer 2 bijik pastu kt belakang eskot ngan ford ranger siap 2 orang bodyguard berdiri kt belakang ford ranger tu.. memang kerek gila.. pastu aku balik ikut permas sampai umah dalam pukul 4..


happy new year.. 2009 azam aku tahun ni nak tunaikan cita-cita tahun lepas..