Tuesday, January 6, 2009

goodbye Poly

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan kehendaknya aku berjaya menghabiskan diploma aku di Politeknik Johor Bahru.. Pada mula aku berdebar-debar juga sebab khabar angin mengatakan bahawa terdapat pelajar yang carry tapi nasib baik la aku tidak termasuk dalam senarai..

Walaupun result aku rendah je tapi yang penting lulus kan.. terima kasih la kepada pensyarah aku kat poli dulu sebab bagi aku lulus antaranya yang paling berterima kasih En Saiful Anuar banyak rahsia besar dengan dia.. haha.. En Eliyun yang aku selalu datang kelas lambat lepas tu aku kena marah cukup-cukup time present projek, dendam gila dengan dia time tu.. Pn Noraidah atau lebih dikenali Datin oleh yeop haha aku ok je dengan dia tapi kadang-kadang sakit hati juga yelah kelas kalau habis kul 1.15 dia ajar 1.20 tension gila, aku time camtu memang tak leh masuk apa, pastu ngajar subjek paling bosan dan sangat-sangat susah sejak aku masuk poli..thanks

En zailani atau lebih mesra en jai.. haha dia memang kelakar gila lepas tu mengajar memang sempoi gila.. apa terima kasih la sebab banyak tunjuk ajar tentang PLC. Miss Jay memang best.. yang paling best kelas asyik batal.. mengajar pulak sempoi je.. Math best jugak dapat tiru je.. aku kan pakar buat toyol tapi last-last resul teruk jugak.. En hamdan oppss sekarang dah Haji Hamdan tiba-tiba pergi mekah gagah juga la dapat pensyarah projek baru.. tapi yang tak dapat aku lupa rambut dia tuh.. berkilat…!!

Okey apa-apa pun nama-nama diatas ni aku tak kan lupa.. huhu

No comments:

Post a Comment